Karpal pohon dilepaskan daripada tuduhan menghasut

Diterbitkan: Rabu, 22 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini supaya dilepaskan daripada tuduhan mengikut Akta Hasutan.

Karpal, 69, membuat permohonan itu selepas mengemukakan bantahan awal berhubung surat izin pendakwaan bertarikh 11 Mac yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa oleh Karpal sebagai cacat (tidak lengkap) dan tidak sah.

Ketika mengemukakan hujahan, Karpal yang mewakili dirinya sendiri, berkata surat izin sepatutnya memaparkan keseluruhan isi kandungan pertuduhan dan bukannya sebahagiannya sahaja.

Pada 17 Mac lepas, Karpal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut katakata menghasut berkaitan Sultan Perak pada sidang akhbar di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, Jalan Pudu Lama di sini antara tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Feb.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. Menurut Karpal, apa yang didakwa sebagai kata-kata menghasut dalam pertuduhan itu hanya disebut sebagai "Lampiran 'A' sahaja, tetapi menurut beliau, ia sepatutnya dinyatakan bersama dengan pertuduhan dan bukan sebagai lampiran.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said pula memberitahu mahkamah bahawa tidak nampak sebarang kecacatan pada pertuduhan itu.

Katanya, ketiadaan maklumat terperinci dalam pertuduhan tidak akan menjejaskan kes pendakwaan.

Beliau berkata, permohonan Karpal tidak mempunyai asas dan pemimpin DAP itu sepatutnya bersedia dengan pembelaannya.

Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah menetapkan 28 April ini untuk menyatakan keputusan. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

Kes hasutan: Bantahan Karpal didengar 28 April

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 28 April ini untuk mendengar bantahan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar dilepaskan daripada tuduhan hasutan yang dikenakan terhadap beliau.

Ia diputuskan pagi ini.

Pada 23 Mac lalu, Karpal Singh ketika dihadapkan di mahkamah masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas tuduhan menyebut kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak pada sidang akhbar di pejabatnya awal Februari lalu.

Pertuduhan itu dibacakan buat pertama kali di Mahkamah Tinggi hujung Mac lalu.

Karpal mewakili diri sendiri bersama 10 orang peguam bela.

Pada 17 Mac lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor telah didakwa pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini.

Pihak pendakwaan ketika itu memohon kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan Seksyen 418A(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Karpal didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari lalu di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co., No.67, Jalan Pudu Lama, Dang Wangi di sini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menyebut kata-kata menghasut pada sidang akhbar tersebut.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan