Mahkamah batal waran tangkap Mohamad Sabu

Diterbitkan: Selasa, 21 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Akibat satu "kesilapan teknikal", Mahkamah Majistert Jawi hari ini membatalkan waran tangkap terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya yang gagal menghadiri perbicaraan di mahkamah itu semalam.

Majistret Nur Ashikin Mokhtar mengeluarkan perintah itu setelah Yusnita Yusoff, peguam yang mewakili kesemua tertuduh, memohon supaya waran itu tidak dikeluarkan kerana berlaku kesilapan teknikal mengenai tarikh perbicaraan.

Yusnita memberitahu mahkamah bahawa kesilapan itu kerana pihak pembelaan menjangkakan kes itu tidak akan berjalan memandangkan Majistret Mohd Izham Ali yang mengendalikannya sedang berkursus.

Timbalan Pendakwa Raya Mukhriz Mat Rus tidak membantah permohonan peguam bela itu.

Kesemua tertuduh hadir di mahkamah hari ini.

Nur Ashikin, Majistret dari Mahkamah Butterworth yang menggantikan Mohd Izham dalam prosiding itu, kemudian menetapkan 28 hingga 30 September sebagai tarikh baru perbicaraan.

Semalam, majistret itu memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya kerana mereka tidak menghadiri hari pertama perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari itu.

Lima peguam mereka diketuai Asmuni Awi juga tidak kelihatan.

Mohamad, 53, serta Zamarul Aini Abdul Malek, 37, Zainal Azrun Zainal Abidin, 35, Abdul Rahim Mat Ariff, 58, Md Lazim Osman, 50, Mohd Biyamin Ishak, 44, Fauzi Saharat, 44, Abdul Razak Ramli, 42, Mohd Subri Mohd Said, 42, dan Mohamad Salleh, 47, didakwa menghalang Supt Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur, terhadap pemimpin PAS itu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar lebuh raya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada 7.45 malam 9 Disember 2007.

Mereka didakwa menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau keduaduanya jika sabit kesalahan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan