Ramanathan bebas selepas permohonan semakan dibenarkan

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini buat pertama kali memerintahkan bahawa ia boleh menyemak penghakimannya sendiri yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara empat tahun terhadap bekas jurulatih olharaga kebangsaan C. Ramanathan.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Datuk Gopal Sri Ram kemudian mengenepikan perintah Mahkamah Rayuan pada 11 Julai 2008, yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara empat tahun terhadapnya bagi kesalahan mencabul dua atlet bawah umur pada 1992.

Sri Ram, yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutan Rabu lepas, telah mengarahkan supaya rayuan itu didengar di hadapan panel berasingan atas merit kes itu yang tidak dihujah di hadapan panel hakim sebelum ini.

Bagaimanapun, tarikh belum ditetapkan.

Ketika membenarkan permohonan menyemak keputusan Mahkamah Rayuan, Sri Ram juga memerintahkan Ramanathan dibebaskan sementara menunggu keputusan rayuannya.

"Anda tidak boleh menahan dia (Ramanathan) dalam tahanan kerana sabitan dan hukuman diketepikan," katanya yang mendengar permohonan menyemak keputusan itu bersama Hakim Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Sri Ram juga mengarahkan Mahkamah Tinggi, yang mendengar rayuan Ramanthan sebelum ini, untuk menyediakan alasan merit kes itu di selain kelewatan penghakiman dan standard bukti.

Selepas keputusan tersebut, peguam Ramanathan, Karpal Singh, memberitahu pemberita bahawa keputusan itu akan membuka pintu kepada perayu lain untuk memohon semakan keputusan Mahkamah Rayuan.

Ramanathan, 73, memohon Mahkamah Persekutuan menyemak keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara empat tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen terhadapnya pada 8 November 1996.

Ramanathan didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen dan dipenjarakan masing-masing empat tahun bagi dua pertuduhan mencabul atlet remaja di bangunan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) di sini antara 23 Oktober dan 27 Oktober 1992.

Kedua-dua hukuman diperintah dijalankan serentak.

Alet berkenaan, berusia 15 dan 16 tahun, ketika itu sedang menjalani latihan pusat bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Remaja Asia di New Delhi.

Ramanathan, yang gembira dengan keputusan itu, berkata beliau akan menumpukan kepada soal membina kerohanian dirinya dan akan meneruskan usaha menulis buku mengenai aspek kejurulatihan.

Ditanya mengenai pengalamannya di Penjara Kajang selama sembilan bulan dan tujuh hari, beliau berkata, "ia tidak sesuatu yang menyeronokkan bagi usia saya."

"Ia bukan mudah berada dalam penjara tetapi saya berterima kasih kepada pihak berkuasa penjara kerana perihatin dengan saya," katanya.

Pendakwa mengemukan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan membebaskannya selepas memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah lewat menyediakan alasan penghakiman secara bertulis. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan