Pemandu bas didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian - Berita Mahkamah | mStar

Pemandu bas didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian

Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di KM16 Jalan KluangBatu Pahat semalam menyebabkan seorang wanita dan dua anak perempuannya terbunuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Nor Bari Bulat, 46, didakwa memandu secara berbahaya dengan menyebabkan kematian Siti Kalsom Borhan, 35, Sahira Aliya Haffiz Akmal, 6 dan Sahira Aishah Haffiz Akmal, 3, pada 11.50 pagi semalam.

Nor Bari dari Taman Kota Masai, Pasir Gudang didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan idenda sehingga RM20,000.

Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi mengenakan ikat jamin RM7,500 dan menetapkan 22 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi Nor Bari melantik peguam selain menunggu laporan bedah siasat dan laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Mahkamah juga mengarahkan lesen memandu Nor Bari digantung sehingga kes tersebut selesai.

Dalam kejadian semalam, Siti Kalsom dan dua anaknya rentung apabila kereta Perodua Kancil yang mereka naiki terbakar selepas dirempuh dan diseret bas ekspres itu sejauh 10 hingga 15 meter, dalam kejadian berhampiran Kampung Parit Kaspan, di sini. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan