Peguam dan aktivis dibebaskan dari tuduhan perhimpunan haram

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat peguam dan tiga aktivis dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada dua tuduhan berada dalam perhimpunan haram dan gagal mematuhi arahan polis supaya bersurai, dua tahun lepas.

Hakim S M Komathy Suppiah dalam penghakimannya tanpa memanggil mereka membela diri berkata, pihak pendakwa gagal mengemukakan kes prima facie terhadap peguampeguam Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya, N. Surendran dan K. Sivarasa serta aktivis Eric Paulsen, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan dan Nooraza Othman.

Kumpulan itu juga dilepas dan dibebaskan atas dua tuduhan alternatif menyertai perhimpunan haram dan gagal mematuhi arahan polis supaya bersurai.

Mereka dikatakan melakukan kesalahan itu semasa program berjalan kaki, "People's Freedom Walk" di hadapan bangunan Kamdar di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 8.10 pagi dan 8.50 pagi 9 Disember, 2007.

Komathi berkata walaupun pihak pembela bersetuju bahawa ia perhimpunan haram tetapi pegawai pemerintah yang juga pemangku OCPD Dang Wangi Supt Che Hamzah Che Ismail telah memberikan kumpulan itu 10 minit untuk berjalan kaki dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke arah Bangunan Majlis Peguam.

Beliau berkata Che Hamzah dalam keterangannya tidak pasti sama ada tangkapan dibuat selepas tempoh 10 minit itu atau sebelum itu.

"Pendakwaan berhujah bahawa perintah untuk bersurai tidak dipatuhi bila orang yang tertuduh gagal bersurai dan meneruskan program berjalan kaki itu.

"Pada pendapat saya, orangorang yang dituduh hanya boleh dikatakan telah tidak mematuhi perintah bersurai selepas berlalu tempoh 10 minit diberikan oleh Supt Hamzah," kata Komathy.

Beliau berkata ketika tiada keterangan lain yang bertentangan dari sebarang saksi lain pendakwaan untuk menunjukkan bahawa orang yang dituduh ditangkap selepas berlalu tempoh 10 minit, tidak boleh dikatakan orang yang dituduh telah tidak mematuhi arahan bersurai.

Beliau menambah foto dan rakaman video menunjukkan bahawa kedai masih ditutup dan lalu lintas adalah minimum di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman oleh kerana hari itu adalah Ahad.

"Program berjalan itu tidak menyebabkan sebarang halangan kepada pejalan kaki atau lalu lintas kenderaan oleh kerana polis tidak diperlukan memasang sekatan jalan atau melencongkan lalu lintas atau mengendali kejadian mengganggu ketenteraman akibat kumpulan itu berjalan kaki di sepanjang jalan bersempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia.

Kumpulan itu diwakili oleh peguam M. Puravelan, sementara timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran mewakili pihak pendakwa. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan