Dua pengarah mengaku tidak bersalah kemuka penyata palsu RM73 juta

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pengarah Syarikat Mems Technology Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memberikan kuasa untuk mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Sekuriti Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) membabitkan RM73juta.

Ooi Boon Leong dan Tan Yeow Teck, keduaduanya 48, didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun penyataan yang terkandung dalam laporan suku tahunan syarikat itu sistem mikro elektronik itu yang berakhir 31 Julai 2007.

Mereka didakwa melakukannya di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan di sini, pada 27 September 2007.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 122(b)(bb)Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 122B akta sama, yang membawa hukuman denda RM3 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau keduaduanya jika disabitkan kesalahan.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membenarkan Ooi dan Tan diikat jamin RM200,000 dan pasport antarabangsa mereka diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan perbicaraan selama lima hari bermula 5 Oktober depan.

Pegawai pendakwa Rozmawar Rozain dari Suruhanjaya Sekuriti memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil 18 saksi sepanjang perbicaraan itu. Keduadua tertuduh diwakili peguam bela S.K Yap. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan