Lelaki buta didenda RM1,300 kerana dadah - Berita Mahkamah | mStar

Lelaki buta didenda RM1,300 kerana dadah

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki buta didenda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis morfin ke dalam badannya sendiri, kirakira tiga tahun lalu.

Majistret Aina Azahra Arifin memerintahkan Azhar Omar, 33, membayar denda itu dan penjara dua bulan jika gagal membayarnya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik nombor 212 Tumpangan Quee Ping Jalan Thambipillay, Daerah Brickfield, pada pukul 1.45 petang, 4 Dis 2006.

Azhar, yang masih bujang dan sedang belajar mengurut, diwakili peguam bela Abdul Rashid Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Abdul Rashid merayu kepada mahkamah agar mengenakan hukuman denda sahaja kerana anak guamnya mempunyai ibu bapa yang sudah tua dan memerlukan perhatian daripadanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Insp Zolkifli Mohd Yassin. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan