Mahkamah: Keputusan Zambry cabar tindakan Sivakumar esok

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan esok untuk memberikan keputusan sama ada Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah menggunakan cara yang betul untuk mencabar penggantungan mereka oleh Speaker Perak V. Sivakumar.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff menangguhkan penghakiman selepas mendengar hujahan daripada keduadua belah pihak hari ini.

Peguam yang mewakili Sivakumar, Sulaiman Abdullah, mengemukakan bantahan awal bahawa mahkamah tidak patut melayani permohonan mereka kerana saman terhadap Sivakumar tidak mematuhi prosedur.

Zambry dan enam anggota majlis itu telah memohon supaya saman mereka terhadap Sivakumar dirujuk ke mahkamah tertinggi mengikut Perkara 63, Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1957 untuk penentuan dan untuk sama ada bagi pembatalan kes atau dirujuk ke mahkamah lain bagi pembatalan mengikut penentuan itu.

Pada awal prosiding, mahkamah menolak bantahan awal Sivakumar supaya kes itu dirujuk ke Mahkamah Tinggi Ipoh.

Sulaiman berhujah mahkamah tidak sepatutnya melayani permohonan Zambry untuk merujuk kes berhubung isu perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan kerana saman itu masih menungggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan permohonan Sivakumar untuk menggugurkan saman itu.

Bagaimanapun, Hakim Alauddin yang bersidang bersamasama Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Zambry walaupun saman induk masih menunggu perbicaraan.

Pada 2 Mac, Zambry dan enam anggota majlis berkenaan Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah binti Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi diisytiharkan yang keputusan Sivakumar menggantung mereka daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah dan batal.

Dalam saman pemula, mereka mendakwa penggantungan bagi tempoh antara 12 dan 18 bulan itu adalah melanggar perlembagaan negeri. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan