Bunuh Altantuya: Koperal Sirul juga kemukakan rayuan

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu, oleh Mahkamah Tinggi Khamis lepas, memfailkan notis rayuan hari ini.

Peguam Ahmad Zaidi Zainal, yang mewakili Sirul mengemukakan notis rayuan ke atas sabitan dan hukuman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 11 pagi.

Jumaat lepas Cif Inspektor Azilah Hadri melalui peguam J. Kuldeep Kumar turut memfailkan rayuan ke atas perkara yang sama.

Pada 9 April lalu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan keduadua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, dibicarakan bersamasama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun, pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak yang juga seorang penganalisis politik, dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan