Dipenjara kerana palsukan borang pindah milik tanah - Berita Mahkamah | mStar

Dipenjara kerana palsukan borang pindah milik tanah

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memalsukan borang pindah milik tanah bangunan atau pajakan bertujuan untuk menipu seorang penolong pendaftar pentadbir tanah daerah Gombak, tiga tahun lepas.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob memerintahkan tertuduh, Yap Kok Chuen, 38, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Feb tahun lepas setelah tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

Yap, yang pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 29 Feb tahun lepas, didakwa memalsukan dokumen itu dengan niat supaya dokumen berkenaan digunakan untuk menipu Nordin Abdullah, 55, dalam urusan pindah milik tanah lot 568, Batu 8, Ulu Klang, Gombak.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak di Bangunan Sultan Sulaiman, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, Gombak antara 29 Sept 2006 hingga 14 Okt 2006.

Yap didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh sementara tertuduh diwakili peguam Nur Fakhizaa Abu Bakar. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan