Jurukimpal bengkel dijatuhi penjara 15 tahun dan sebatan

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 13 sebatan terhadap seorang jurukimpal bengkel atas kesalahan memiliki dadah tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Azman Hussin menjatuhi hukuman itu terhadap Ariffin Mah Hassan, 33, selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan pindaan memiliki dadah.

Mohd Azman memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan 5 Jun 2006 manakala hukuman sebatan berjalan berasingan.

Bagi pertuduhan pertama memiliki 4,585 gram kanabis, Ariffin dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sepuluh sebatan, penjara tiga tahun bagi pertuduhan kedua memiliki 0.04 gram 'Codeine'.

Pertuduhan ketiga memiliki 4.47 gram dadah jenis methampethamin, Ariffin dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan penjara tiga tahun lagi serta tiga sebatan bagi pertuduhan keempat memiliki 22.4 gram kanabis.

Semua pertuduhan itu, didakwa dilakukannya di Jalan Bayam di sini pada 11 malam, 5 Jun 2006.

Ariffin bernasib baik apabila pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan memiliki dadah terbabit sekali gus terlepas hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Ariffin didakwa dalam milikannya 4,585 gram dadah kanabis dan didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Pertuduhan kedua, dia menghadapi tuduhan memiliki dua botol mengandungi 540 mililiter cecair perang mengandungi 0.04 gram 'Codeine' dan 207 pil mengandungi 4.47 gram methampethamin bagi pertuduhan ketiga. Pendakwaan bagi keduadua pertuduhan itu dijalankan mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1995 dan dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau hukuman penjara maksimum lima tahun.

Bagi pertuduhan keempat memiliki satu bongkah bahan mampat empat segi mengandungi 22.4 gram kanabis, dia didakwa mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39 A (1) akta yang sama.

Sebelum itu peguam tertuduh, Wan Naziruddin Wan Jaafar mengemukakan rayuan supaya anak guamnya dijatuhkan hukuman ringan kerana sudah insaf.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaacob bagaimanapun mencadangkan supaya Ariffin dijatuhkan hukuman berat kerana turut mempunyai kesalahan lampau lima tahun lepas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan