Mahkamah ketepi permohonan Ronnie Liu

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan permohonan anggota Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew untuk menyemak semula dan mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadapnya pada 12 November tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa semasa membuat keputusan itu berkata, Majistret hanya menjalankan tugas pentadbirannya semasa mengeluarkan perintah waran tangkap berkenaan dan ia bukan satu perintah yang membolehkan waran tangkap itu disemak.

Beliau berkata mahkamah juga menerima hujahan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin bahawa Mahkamah Tinggi tidak perlu membuat sebarang pertimbangan memandangkan perintah waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret itu tidak termasuk dalam prosiding mahkamah.

"Perintah waran tangkap dikeluarkan pada 2008 dan pada masa itu majistret hanya menjalankan tugas lazimnya dan ia bukan satu tindakan membabitkan prosiding mahkamah.

"Kesimpulannya pelaksanaan perintah waran tangkap itu bukan satu prosiding yang membolehkan ia disemak oleh mahkamah ini," katanya.

Liu yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran hadir di mahkamah bersama peguamnya, Gobind Singh Deo.

Liu sebelum ini mengemukakan permohonan untuk mahkamah menyemak semula dan mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan kepadanya kerana mendakwa ia tidak sah di sisi undangundang.

Beliau mendakwa tindakan polis membawanya ke Balai Polis Puchong ketika melaksanakan waran tangkap itu menyalahi undang-undang kerana beliau sepatutnya dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya seperti yang disebut dalam waran berkenaan.

Liu, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadap tuduhan bersubahat dalam menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya, Mohammad Hadzim Zulkapli, daripada menjalankan tugasnya dalam satu operasi mencegah maksiat di Hotel Chile, yang terletak di Jalan Kenari 6, Puchong, pada 2 Nov 2007.

Jika sabit kesalahan, beliau yang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 186 kanun yang sama, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000.

Gobind dan Liu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata mereka menghormati keputusan mahkamah itu dan akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan