Dua lelaki bebas tuduhan membunuh kelindan lori

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dan seorang kelindan lori dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada pertuduhan membunuh seorang kelindan lori tujuh tahun lepas.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, semasa menyampaikan keputusan membebaskan dan melepaskan R. Ravindran, 45, dan Bhart Singh Govina Singh, 30, tanpa dipanggil membela diri, memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Mereka dituduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, membunuh Wong Wai Hoong, 31, seorang kelindan lori di kaki lima belakang kedai No.46, Jalan Segambut Pusat, Sentul, pada pukul 6.05 petang, 25 Ogos 2002.

Mohamad Zabidin juga memerintahkan Ravindran dan Bhart Singh dari Sentul, dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan cubaan membunuh Badrul Saah Ibrahim, 36, di tempat dan masa yang sama.

Mohamad Zabidin dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal memenuhi intipati pertuduhan untuk memanggil kedua-dua tertuduh membuat pembelaan terhadap keduadua pertuduhan itu.

Bagaimanapun, Ravindran tidak dapat pulang kepangkuan keluarganya hari ini kerana menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret atas dakwaan memiliki dadah.

Peguam Rajpal Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh dalam hujahannya berkata pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan laporan bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat Wong.

Beliau berkata pakar forensik yang memberi keterangan di mahkamah berbuat demikian hanya berdasarkan gambar yang diambil ketika bedah siasat dan di samping itu beberapa keping negatif gambar itu telah hilang.

Timbalan pendakwa raya Yaacub Chik mewakili pihak pendakwaan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan