Empat pengarah didakwa lagi berkait wang haram RM33 juta

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Empat pengarah syarikat yang sebelum ini didakwa atas beberapa pertuduhan menerima deposit haram, hari ini dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM33 juta.

M. Bakri Kamaruddin, 48 dan Zainal Md Yusof, 45, pengarah tiga syarikat Pan Phoenix Dina Sdn Bhd, Pan Phoenix Dina Holding Bhd dan Pan Phoenix Steel Sdn Bhd, dituduh melakukan penggubahan wang tanpa memiliki lesen yang sah.

Kedua-dua mereka yang masing-masing menghadapi 56 pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Dua dua lagi pengarah Syarikat Business Time Dina Sdn Bhd, Hasri Mohd Noor, 39, dan Hazlan Abd Hamid, 37, yang juga seorang peguam, masing-masing menghadapi satu pertuduhan melakukan kesalahan sama melibatkan wang sebanyak RM83,962.50.

Kesemua kesalahan dilakukan antara Julai 2007 dan April 2008. Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dikenakan denda maksima RM5 juta atau lima tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

Kesemua tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Firuz Jaffril dan Azahir Nasir, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abdul Majid, yang mengendalikan pendakwaan sebelum itu, menawarkan jaminan RM1 juta masing-masing untuk Bakri dan Zainal dan RM50,000 masing-masing untuk Hasri dan Hazlan.

Bakri dan Zainal dibenarkan diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin setiap seorang manakala Hasri dan Hazlan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh menetapkan 20 Mei ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Sebelum ini, keempat-empat mereka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini atas enam pertuduhan menerima deposit kira-kira RM36 juta daripada orang awam tanpa mempunyai lesen yang sah pada 23 Nov lalu.

Pada 1 Dis lepas, kesemua mereka dihadapkan di Mahkamah Sesyen di Kuala lumpur atas 21 tuduhan menerima deposit yang dianggar berjumlah RM36 juta daripada orang awam tanpa lesen yang sah.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan