Dua konstabel polis didakwa terima rasuah RM350

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menerima rasuah berjumlah RM350 kirakira dua tahun lalu.

Mohd Ridzuan Zulkifli, 26, dan Md Azale Md Yusof, 24, yang bertugas di cawangan MPV khas, cawangan pegawai pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur didakwa dengan niat bersama menerima suapan wang tunai RM350 dari Pausan Juhari.

Menurut kertas pertuduhan, suapan itu bertujuan supaya Mohd Ridzuan dan Mohd Azale tidak mengambil tindakan terhadap pekerja Pausan iaitu Jamilah Abdul Rashid yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Delima, Off Jalan Intan, Ampang, pada pukul 5 petang 28 April 2007.

Keduadua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim manakala kedua-dua mereka diwakili peguam Lim Chi Chau.

Hakim Mohamed Sekeri Mamat menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin bagi keduadua mereka dan menetapkan 6 Mei untuk sebutan semula kes. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan