Raja Petra diperintah bayar RM1 juta kepada Bendahari Umno

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Editor blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, diperintah membayar ganti rugi RM1 juta kepada Bendahari Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berhubung artikel berunsur fitnah yang disiarkan tahun lepas.

Penolong Kanan Pendaftar Nor Hatini Abdul Hamid memerintahkan Raja Petra membayar RM500,000 sebagai ganti rugi am, RM300,000 bagi ganti rugi teruk dan RM200,000 untuk ganti rugi teladan kepada Abdul Azim yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang.

Nor Hatini mengeluarkan perintah itu dalam kamar semalam selepas mendengar penghujahan oleh peguam Abdul Azim, Sunil Abraham, berhubung penilaian bagi ganti rugi itu selepas Abdul Azim mendapat penghakiman tanpa kehadiran Raja Petra pada 8 Ogos tahun lepas.

Sunil memberitahu pemberita hari ini bahawa mahkamah membuat keputusan itu selepas Raja Petra gagal membela diri dan juga tidak memfailkan kenyataan pembelaan dalam kes itu. Abdul Azim, dalam writ samannya yang difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Zul Rafique pada 9 Feb tahun lepas, berkata Raja Petra menulis dan menerbitkan dalam Malaysia Today, satu artikel berjudul "A Scam By Any Other Name, Smells Just as Foul" dan pada 19 Feb tahun lepas, menulis pula mengenai "The New Member of Parliament for Putrajaya, Azim Zabidi".

Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan pada 4 Mac tahun lepas, Abdul Azim berkata peguamnya telah menulis kepada Raja Petra memintanya memohon maaf dan tidak mengulangi katakata hasutan seperti dalam dua artikel itu tetapi Raja Petra tidak menjawab surat tuntutan itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan