Pekerja rendah awam mengaku tak bersalah terima rasuah

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pekerja rendah awam Pejabat Daerah/Tanah Petaling mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menerima rasuah RM85,000 daripada seorang pengantara syarikat hartanah, empat tahun lepas.

Mazlizan Kuti, 36, dari Puchong didakwa menerima rasuah RM35,000 daripada Ehlam Omar, sebagai dorongan bagi melakukan transaksi pelarasan nota kredit cukai bagi Syarikat Alpha Skyline Sdn Bhd di dalam Sistem Berkomputer Pungutan Hasil (SPHT), iaitu sebanyak RM541,993.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah/ Tanah Petaling, pada 18 Ogos 2005.

Dia turut didakwa menerima rasuah RM50,000 daripada orang yang sama dan di tempat sama dengan melakukan transaksi yang sama iaitu sebanyak RM393,655, pada 25 April 2006.

Mazlizan, yang tidak diwakili peguam bela, didakwa mengikut Seksyen 11(a)Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau manamana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan Mazlizan diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira tertuduh mempunyai empat orang anak masih kecil selain kesempitan wang.

Balqis kemudian menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan lantik peguam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee. Mazlizan gagal membayar ikat jamin itu.BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan