Pengarah syarikat didakwa buat kenyataan palsu

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semalam mendakwa Sivam a/l Nachiappan di Mahkamah Sesyen Johor Baharu terhadap dua pertuduhan iaitu bertindak sebagai pengarah sebuah syarikat semasa dia masih diisyitharkan muflis dan membuat pernyataan palsu.

Dalam kenyataan di sini hari ini, CCM berkata bagi pertuduhan pertama, Sivam didakwa telah bertindak sebagai pengarah syarikat Mayoura Agency Services Sdn Bhd, mulai 16 Januari, 2006 sehingga 20 Ogos, 2006 sedangkan dia masih seorang yang bankrap yang belum dilepaskan.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 125(1) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau keduaduanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Sivam dituduh membuat pernyataan palsu dengan menyatakan bahawa dia bukan seorang muflis yang belum dilepaskan dalam butiran Borang 48A pada hal ketika itu statusnya ialah seorang muflis yang belum dilepaskan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 364(2) akta yang sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM250,000 atau keduaduanya jika disabitkan kesalahan.

Sivam mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Mahkamah membenarkan Sivam diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan dia membayar jaminan itu.

Mahkamah menetapkan 27 Julai ini untuk perbicaraan kes itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan