Jurulektrik dihukum penjara terlibat curi kenderaan

Diterbitkan: Rabu, 1 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang jurulektrik tidak dapat menahan sebak selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu selepas didapati bersalah terhadap enam pertuduhan melibatkan kes curi kenderaan di sekitar daerah ini pada bulan Februari dan Mac lepas.

Mohd Jani Mohd Amin, 32 dari Kuala Telemong, Hulu Terengganu, bapa kepada tiga orang anak yang berumur antara empat hingga enam tahun itu pada mulanya kelihatan tenang membuat pengakuan bersalah ketika kertas pertuduhan pertama dibacakan bersama dengan seorang lagi tertuduh Mohd Faizal Abdul, 28.

Bagi pertuduhan pertama, mereka secara bersama pada 14 Mac lepas antara pukul 4.30 pagi hingga 6.30 pagi mencuri sebuah kereta Proton Satria warna hitam milik Izzuan Ahmad di rumah bernombor 750 Kampung Nesan Empat.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Jani bersama seorang lagi tertuduh Hussein Mohamad, 35, mencuri sebuah kereta Proton Wira warna kelabu milik Fauzi Harun di hadapan kawasan tempat letak kereta Masjid Zainal Abidin pada 3 Feb lepas kirakira pukul 2 petang.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama.

Mohd Jani juga didapati dengan curang menyimpan harta curi, iaitu sebuah kereta Produa Kancil milik Chua Lit Choo pada 16 Mac kirakira pukul 4.30 pagi di hadapan rumah tidak bernombor, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 411.

Mengikut kertas pertuduhan keempat pula, Mohd Janin bersama Mohd Faizal didapati bersama-sama mencuri dan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama.

Bagi tuduhan kelima, Mohd Jani sekali lagi melakukan kesalahan di bawah akta yang sama dengan tuduhan ke empat yang mana pada 3 Mac kira-kira pukul 9.15 pagi di tempat letak kereta hadapan Hotel Seri Malaysia, mereka mencuri sebuah kereta jenis Proton Wira milik Bahriah Ahmad.

Untuk tuduhan keenam pula, Mohd Jani pada 14 Mac kirakira pukul 5.30 petang mencuri sebuah kereta Proton Wira milik Mohd Al Ghazali Abdul Rahim di hadapan Hotel Terengganu, Jalan Sultan Ismail, yang disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun apabila Majistret Nor Azizah Yusof hendak membacakan hukuman untuk pertuduhan kelima kepadanya, dia kemudiannya dilihat beberapa kali mengesat air mata dengan menggunakan tangan dan baju lokap yang dipakainya.

Sebelum membacakan penghakiman untuk setiap pertuduhan, Majistret Nor Azizah menasihati Mohd Jani yang mengaku salah terhadap semua enam pertuduhan itu supaya insaf dan bertaubat.

"Sikap kamu hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain. Kamu bayangkan jika kereta kamu yang dijaga dan dibeli dengan susah payah tiba-tiba dicuri, kamu suka?

"Kamu juga punyai tiga orang anak dan anak kedua kamu merupakan lelaki. Kamu hendak ke jika anak lelaki kamu mengikut jejak langkah kamu dan kamu mahukah jika anak-anak menjejak kaki ke sekolah nanti, rakan-rakan mereka mengejek mereka dengan mengatakan bapa mereka seorang banduan?" katanya.

Dua lagi rakannya Mohd Faizal dari Batu Enam, Manir dan Hussein Mohamad 35, dari Kampung Tok Hadis Tok Ibai masing-masing dijatuhkan hukuman penjara empat tahun satu bulan dan empat tahun empat bulan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp Nelson Ensit manakala ketigatiga tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan