Ahli perniagaan diarah bayar RM10,000 kepada kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan seorang ahli perniagaan membayar RM10,000 kepada kerajaan sebagai kos ekoran kegagalan beliau dalam rayuannya memanggil dua kakitangan awam kanan kerajaan untuk hadir ke mahkamah sebagai saksinya dalam satu kes saman sivil.

See Kok Kol @ See Liong Eng memohon untuk memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat (bersara pada 2007) dan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang bersara pada 2006 tapi kini adalah pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk mengemukakan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) pada perbicaraan satu saman sivil.

Pada tahun 1990 See mengemukakan tindakan undangundang terhadap lima lelaki yang didakwanya adalah anggota sindiket loteri empat digit haram yang beroperasi di Negeri Sembilan, kerana secara bersubahat dengan beberapa pegawai polis untuk menahannya secara salah.

Saman itu masih tertangguh di Mahkamah Tinggi Seremban.

Beliau mendakwa lelaki itu Chong Kui Seng, Gan See Boon, Gan Kim Soo, Gan See Chin dan Lee Chin Hoon bersubahat untuk memalsukan bukti terhadapnya dengan mengatakan beliau (See) terbabit dalam perjudian haram, mengakibatkan beliau dikenakan perintah kediaman terhad.

See mengambil tindakan mahkamah bagi menuntut ganti rugi am, kerosakan dan teladan.

Beliau ditahan dan dikenakan tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan perintah kediaman terhad di daerah Kuala Lipis, Pahang, bermula 23 Februari 1985, namun perintah itu diketepikan dalam tempoh kurang dari dua bulan (9 April 1985) oleh jawatankuasa siasatan kementerian selepas mendengar representasinya.

Pada 2004 dan 2006, See menfail permohonan untuk memanggil Abdul Aziz yang merupakan pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, dan Aseh, yang merupakan salah seorang dari tiga individu yang mengambil bahagian dalam siasatan itu, bagi mendapatkan dokumen berhubung siasatan polis terhadapnya, bagi membuktikan dakwaannya mengenai lima orang itu.

Bagaimanapun keduadua mereka berjaya dalam mendapatkan perintah mahkamah dari mahkamah Tinggi Seremban pada 28 Ogos 2008 untuk mengenepikan sepina yang dikenakan terhadap mereka.

Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, Datuk Heliliah Mohd Yusof dan Datuk Sulong Matjeraie hari ini sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mengenepikan rayuannya dengan kos.

Low menerima hujah peguam kanan persekutuan Najib Zakaria bahawa dokumen yang diminta oleh See tidak boleh didedahkan kerana ia dianggap sebagai dokumen yang hanya boleh dilihat pihak tertentu dan dilindungi di bawah OSA. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan