Penarik kereta digantung kerana bunuh lelaki Bajau

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penarik kereta hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah membunuh seorang lelaki Bajau dengan cara menikamnya sebanyak sembilan kali menggunakan senjata tajam enam tahun lepas.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah ke atas tertuduh, Irwan Amat, 32, yang juga anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mewakili pendakwaan sementara Irwan diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Tertuduh, dari suku Suluk, Sabah, didakwa membunuh Jibal Salim, 34, seorang buruh, di tempat letak kereta Blok Cempaka, Country Homes, Rawang dekat sini, kirakira pukul 9.45 malam pada 16 Okt 2003.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mangsa meninggal dunia setelah mengalami kecederaan dalaman dan pendarahan yang serius.

Sepanjang perbicaraan, seramai 13 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pihak pembelaan mengemukakan seorang saksi.BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan