Denda RM80 kerana kata 'Polis Bodoh' - Berita Mahkamah | mStar

Denda RM80 kerana kata 'Polis Bodoh'

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat mengeluarkan perkataan kesat, "polis bodoh" kepada polis yang menyamannya, seorang pemandu teksi didenda RM80 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nor Azah Kasran menjatuhkan hukuman tersebut setelah Wong Yoot Weng, 62, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di hadapan lampu isyarat, Jalan Hang Lekir, pada pukul 5.32 petang semalam.

Wong didakwa telah mengeluarkan perkataan itu bagi tujuan mengaib dan menghina anggota polis trafik yang sedang bertugas iaitu Mohd Fauzlei Mohd Zaid, 26.

Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Cif Insp Charles Aliff Belon manakala Wong tidak diwakili peguam.

Menurut fakta kes, Mohd Fauzlei dan rakannya sedang menjalankan tugas iaitu menyaman sebuah teksi yang diletakkan di hadapan lampu isyarat Jalan Hang Lekir.

Tibatiba Wong datang ke arah Mohd Fauzlei dan mengaku teksi itu kepunyaannya sambil mengeluarkan perkataan "polis bodoh" kepada Mohd Fauzlei. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan