Penyelesaian RM5.5 juta: Maria Tunku Sabri dapat peluang lagi

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri hari ini diberi satu lagi peluang untuk percubaan mengemukakan semula samannya di Mahkamah Tinggi terhadap seorang ahli perniagaan kerana mengingkari penyelesaian perjanjian pembayaran pampasan RM5.5 juta selepas lelaki itu gagal menunaikan janji untuk menikahinya.

Mahkamah Persekutuan di sini memberi kebenaran kepadanya untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang enggan mengemukakan semula saman sivil terhadap ahli perniagaan Datuk Wan Johani Wan Hussin.

Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria, yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram membuat keputusan sebulat suara itu.

Peguam Maria, Karpal Singh, berkata mahkamah harus membenarkan permohonan itu kerana membabitkan persoalan dan isu penting yang timbul buat pertama kali dan keputusan Mahkamah Persekutuan akan membawa faedah kepada orang awam.

Maria, 39, hos program "Jalan-Jalan Cari Makan" itu, memfailkan tindakan undang-undang terhadap Wan Johani, 56, pada 2004 untuk mendapat perintah mahkamah bagi menguatkuasakan penyelesaian perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua mereka.

Pada 5 Ogos, 2008, Maria gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman asal dan memerintahkan Maria tidak boleh menguatkuasakan penyelesaian perjanjian itu kerana ia tidak sah di bawah Akta Kontrak.

Mahkamah Rayuan berpendapat Seksyen 14(1), Akta Undang-Undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 melarang seorang wanita yang telah bernikah mengahwini lelaki lain.

Di samping itu, bawah Akta Kontrak, penyelesaian perjanjian untuk pampasan gagal menunaikan janji untuk bernikah dilarang dalam undang-undang kerana wanita itu sudah berkahwin maka tidak boleh bernikah dengan lelaki lain.

Pada 22 Feb tahun lepas, Penolong Pandaftar Kanan menggugurkan saman tersebut selepas berpuas hati bahawa kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana kedua-dua pihak beragama Islam dan isu yang dibangkitkan melibatkan perkahwinan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan