Pelajar Nigeria dipenjara 15 bulan tipu guna emel

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan warga negara Nigeria dijatuhi hukuman penjara 15 bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat penipuan melalui Internet.

Peace Okotie, 26, didakwa cuba menipu seorang pembantu tadbir, Buang Md Sayuti, 42, dengan mendakwa dia boleh menguruskan proses membawa masuk wang hadiah Microsoft bernilai US$1 juta yang kononny dimenangi oleh Buang.

Pegawai pendakwa Azimul Azimi Md Nor memberitahu mahkamah bahawa Buang telah menerima emel yang kononnya daripada Microsoft menyatakan bahawa dia telah menjadi pemenang wang tunai US$1 juta bagi cabutan ulang tahun Microsoft 2008 yang dibuat di Stadium Stamford Bridge, London.

Buang kemudian menghantar maklumat dirinya seperti yang diminta dan telah menerima eme jawapan mengatakan dia dikehendaki membayar US$2,750 sebagai bayaran pemprosesan.

Setelah merasakan ianya satu penipuan, Buang membuat laporan polis dan satu pertemuan kemudian diatur di KLCC pada 2.15 petang 27 Ogos 2008 dengan Okotie yang memperkenalkan dirinya sebagai "Mrs Sophia Young".

Polis kemudian menahan Okotie sebaik sahaja Buang menyerahkan wang yang diminta kepada tertuduh.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menetapkan hukuman tersebut berjalan dari tarikh pelajar itu ditangkap pada 27 Ogos 2008.

Okotie turut mengaku bersalah terhadap tuduhan kedua kerana tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas pelajar.

Bagi kesalahan itu dia dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan berjalan serentak dengan hukuman bagi pertuduhan pertama. Tertuduh diwakili peguam B. Renuka.BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan