Hakim Mahkamah Tinggi tarik diri dengar kes saman Speaker

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim membuat keputusan untuk menarik diri daripada mendengar kes saman melibatkan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Ridwan membuat keputusan itu dalam kamarnya setelah mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengarahkan agar kes saman Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan, kata Chan Kok Keong, seorang daripada peguam yang mewakili Sivakumar.

Zambry dan enam anggota exco itu memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri persidangan DUN, masingmasing untuk 18 bulan dan 12 bulan, sebagai tidak sah dan terbatal.

Kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh yang lain, dan Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim, menetapkan 2 April ini untuk mendengar permohonan oleh Sivakumar itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan