14 peserta perhimpunan Hindraf mengaku salah

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan Khamis ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap 14 peserta yang mengaku salah terbabit dalam perhimpunan haram anjuran Hindu Rights Action Force (Hindraf) di hadapan Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves, pada 25 November 2007.

Tiga belas daripada tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana merosakkan tujuh kenderaan serta dua pintu di kuil berkenaan.

Sementara itu, seorang tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang menjalankan kuasa yang sah.

Hakim Hasbi Hasan membenarkan permohonan peguam G. K. Ganesan, yang mewakili kesemua tertuduh, untuk menunda tarikh hukuman selepas mengambil kira alasan bahawa tertuduh tidak bersedia dari segi kewangan jika hukuman dijatuhkan hari ini.

Katanya mahkamah perlu menjatuhkan hukuman terhadap mereka yang mengaku bersalah sebelum menjalankan perbicaraan ke atas tertuduh yang tidak mengaku bersalah pada 11 hingga 15 Mei ini termasuk Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini adalah kerana mahkamah bimbang ada yang menukar pengakuan semasa perbicaraan nanti jika hukuman tidak dijatuhkan terlebih dahulu dan menggangu perjalanan perbicaraan, katanya.

Dalam prosiding hari ini, seramai tiga tertuduh tidak hadir ke mahkamah dengan seorang diberikan cuti sakit, seorang ditahan di Penjara Sungai Buloh dan seorang pelajar sedang menunggu keputusan permohonan representasi dari Pejabat Peguam Negara.

Hasbi mengeluarkan waran tangkap kepada tertuduh tersebut dan notis tunjuk sebab diberikan kepada penjamin.

Selain menjatuhkan hukuman Khamis ini, mahkamah juga akan mendengar sebutan semula kes enam tertuduh lain termasuk empat pelajar yang menghantar representasi kepada Pejabat Peguan Negara.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan