Tiga didakwa menipu tawar darjah kebesaran Perak

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menerima rasuah dan menipu dua ahli perniagaan membabitkan sejumlah RM381,000 kononnya mereka boleh mendapatkan darjah kebesaran negeri Perak membawa gelaran "Dato' Seri" untuk kedua-dua ahli perniagaan itu.

Shamshul Yusri Mohamad, 38, menghadapi satu pertuduhan rasuah manakala Mohd Amirul Erwan Mohd Roslan, 32, dan Mohd Afandi Mohd Zambri, 41, masing-masing menghadapi dua pertuduhan menipu dan dua pertuduhan pilihan.

Shamshul Yusri didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas meminta satu suapan wang tunai berjumlah RM350,000 daripada Mohamad Imran Abdullah, 34, sebagai dorongan untuk membantu Lim Kok Han, 40, memperoleh darjah kebesaran negeri Perak.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, pada 8.30 pagi 27 Feb lepas.

Mohd Amirul Erwan dan Mohd Afandi pula didakwa dengan niat bersama menipu Mohamad Imran dengan cara memperdayakan bahawa mereka boleh membantunya memperoleh darjah kebesaran tersebut sehingga mendorongnya menyerahkan cek Hong Leong Bank berjumlah RM25,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lobi hotel berkenaan pada 12.10 tengah hari 30 Jan lepas.

Mereka berdua turut menghadapi pertuduhan pilihan iaitu di tempat dan masa yang sama, bersama-sama secara rasuah menerima satu suapan iaitu sekeping cek Hong Leong Bank Berhad berjumlah RM25,000 daripada Mohd Imran untuk tujuan yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Amirul Erwan dan Mohd Afandi masing-masing didakwa secara berasingan telah menipu Lim dengan memperdayakannya bahawa mereka boleh membantunya untuk memperoleh darjah kebesaran itu sehingga mendorong Lim menyerahkan wang tunai RM5,000 dan RM1,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu ddi Hotel Holiday Villa Subang Jaya, pada 9.45 malam 4 Feb dan 7 malam 19 Feb lepas.

Bagi pertuduhan pilihan kedua pula di tempat dan masa yang sama, Mohd Amirul Erwan dan Mohd Afandi masing-masing terhadap tuduhan berasingan iaitu secara rasuah menerima suapan wang tunai RM5,000 dan RM1,000 daripada Lim bagi membantunya mendapatkan darjah kebesaran itu.

Hakim Rozina Ayob kemudian menetapkan 29 April untuk sebutan semula kes dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 terhadap Shamshul, RM10,000 terhadap Mohd Afandi dan mengekalkan ikat jamin RM16,000 bagi Mohd Amirul.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Eylia Yunos manakala Mohd Afandi diwakili peguam bela Mohd Shamril Afzan, Mohd Amirul oleh peguam bela Gerald Lazarus manakala Shamsul Yusri tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan