Keputusan permohonan Ronnie Liu diketahui 7 April

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini akan mengumumkan keputusannya 7 April ini berhubung dakwaan anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu Tian Khiew bahawa waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya pada 12 Nov tahun lepas adalah tidak sah.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu hari ini selepas menerima hujah bertulis daripada Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin dan peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Liu.

Liu meminta mahkamah menyemak semula dan mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadapnya.

Dalam hujah bertulisnya, Noorin berkata bagi tujuan semakan semula, hakim Mahkamah Tinggi hanya boleh membuat penilaian tentang keluarbiasaan atau ketidakwajaran dan sah atau tidaknya prosiding yang dijalankan di mahkamah lebih rendah.

Katanya oleh kerana waran berkenaan tidak termasuk dalam prosiding di mahkamah rendah, maka tiada apa keputusan yang perlu dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan hakikat itu, kata Noorin, permohonan berkenaan tidak wajar dilayan, tidak menepati undangundang dan oleh itu perlu ditolak.

Dalam hujahnya, Gobind Singh berkata majistret berkenaan gagal mengguna pakai peruntukan khas mengikut Seksyen 43 (2) Kanun Acara Jenayah dan ini menjejaskan kebiasaan, kewajaran dan/atau kesahan prosiding itu.

Katanya tindakan membawa Liu ke Balai Polis Puchong ketika melaksanakan waran tangkap itu menyalahi undang-undang kerana Liu sepatutnya dibawa ke Mahkamah Majistret seperti yang disebut dalam waran berkenaan.

Liu, 50, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya terhadap tuduhan bersubahat dalam menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya, Mohammad Hadzim Zulkapli, daripada menjalankan tugasnya dalam satu operasi mencegah maksiat di Hotel Chile, yang terletak di Jalan Kenari 6, Puchong, pada 2 Nov 2007.

Jika sabit kesalahan, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pandamaran itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan