Tidak pernah lihat cek pembayaran kos rawatan gigi

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilik sebuah klinik pergigian hari ini memberitahu mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau tidak pernah melihat cek pembayaran bagi kos rawatan bekas ketua pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab Beg Mirza Hadi Hassan Beg.

Dr Khamsiah Ghulam Haider, 46, berkata sebaliknya bahawa beliau hanya melihat cek itu pada kali pertama sewaktu pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) (ketika itu BPR) datang ke klinik itu untuk menjalankan siasatan.

Beliau berkata hanya mengetahui mengenai resit bayaran bagi rawatan pergigian Mirza sebanyak RM13,860 dibuat semula pada tahun lepas kerana resit asal telah hilang melalui pengurus kliniknya itu Rahayu Abdul Rahim.

Semalam Rahayu mendedahkan kepada mahkamah bahawa resit bayaran kos rawatan Mirza telah dipalsukannya berikutan tekanan daripada BPR terhadapnya.

Mirza, 52, dituduh menerima suapan RM13,860, daripada Zulhisham Ayob, 48, pengarah syarikat Perunding Pakar Media, di mana syarikat itu membiayai rawatan pergigian Mirza di Clinical Practice Prosthodontic Sdn Bhd.

Mirza didakwa melakukan kesalahan itu di klinik itu di No. 15, Ground Floor, Jalan 2/71 Off Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, di antara 17 Jan hingga 26 Julai 2005.

Mirza, yang dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin, dituduh mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika disoal peguam Mirza, Saseedharan, Khamsiah berkata beliau tidak membuat aduan mengenai Mirza tetapi mengaku ada mengadu tentang bekas suaminya, Zulhisham Ayop kepada Timbalan Ketua Pengarah SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed.

Dr Khamsiah berkata Zulhisham telah mengancamnya dengan menyatakan "dia boleh membayar untuk sesiapa sahaja."

Dr Khamsiah berkata aduannya itu tidak ada kenamengena dengan kos rawatan pergigian Mirza sebaliknya berhubung dengan hubungannya (Dr Khamsiah) dengan Menteri Pelancongan pada ketika itu.

Dr Khamsiah, yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan, hanya bertanya dan menghantar pesanan ringkas (SMs) berkaitan Zulhisham dan anakanaknya sahaja.

Zulhisham merupakan seorang pengarah syarikat Pakar Perunding Media Sdn Bhd yang telah berpisah dengan Dr Khamsiah pada Januari 2001 dengan dikurniakan dua orang anak.

Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Hazmi Mohd Saad, Dr Khamsiah menjelaskan bahawa pegawai BPR ada datang ke kliniknya dalam beberapa kumpulan iaitu sebahagiannya menyiasat rakannya.

"Mereka (BPR) ada datang ke klinik saya dalam kumpulan dan mereka telah menyoal saya, dan saya hanya menjawab soalan yang berkaitan dengan Datuk Mirza sahaja," jelasnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamaruddin bersambung semula pada 19 Mei selama tiga hari. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan