Dipenjara empat tahun dan disebat kerana merompak warga emas

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Gara-gara merompak rantai emas milik seorang wanita warga emas yang sedang mengangkat kain jemuran di halaman rumahnya, seorang pekerja kilang hari ini dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim M.Gunalan menjatuhkan hukuman itu ke atas Mustaza Ahmad, 22, setelah tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu. Mustaza didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas merompak rantai emas milik Zainab Ismail, 62, dan semasa cuba melarikan barang itu dia telah sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa di hadapan rumah No: 51, Jalan 19/2 C, Seksyen 19 di sini, kira-kira pukul 3.10 petang pada 24 Januari 2008.

Dia didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan.

Fakta kes menyebut, berdasarkan keterangan, semasa mangsa sedang mengangkat kain jemuran di halaman rumahnya datang tertuduh dan seorang lagi suspek menaiki motosikal dan suspek kemudiannya menuju ke arah mangsa serta berpurapura bertanyakan alamat rumah.

Suspek tibatiba menarik rantai leher mangsa sehingga putus menyebabkan mangsa cuba melawan sambil meminta tolong dan suspek kemudian menolak mangsa hingga jatuh serta menekan kepala mangsa ke lantai. Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian leher.

Pada masa kejadian, anak mangsa yang berada dalam rumah terdengar jeritan ibunya dan kemudian bertindak mengejar suspek yang sedang berjalan ke arah tertuduh kedua yang menunggu di atas motosikal.

Anak mangsa berjaya menolak suspek menyebabkan keduadua mereka terjatuh dan semasa bergelut dengan mereka, suspek cuba melarikan diri tetapi tertuduh telah ditahan oleh anak mangsa dan merampas semula rantai daripada mangsa.

Terdahulu, Mustaza yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung dua adiknya kerana ibu dan bapanya sudah bercerai.

Tertuduh juga berkata bahawa dia amat menyesal dan sedar atas kesilapannya serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya R.Kalaiyarasi bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat memandangkan kes samun semakin berleluasa pada masa ini.

Dalam kejadian itu, katanya, mangsa juga mengalami kecederaan dan hukuman yang setimpal perlu dijatuhkan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan