Pembantu pejabat bebas ruduhan bocor soalan CLP

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan seorang pembantu pejabat daripada sabitan dan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan atas tuduhan pecah amanah membabitkan kertas draf soalan peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) pada 2001.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz membenarkan rayuan Ramli Mohd Mokhtar, 34, selepas menolak keputusan Mahkamah Sesyen pada 8 November 2006.

Bagaimanapun hukuman sebat ke atas Ramli belum dilaksanakan.

Zainal Azman dalam penghakimannya membidas pihak pendakwaan kerana gagal memanggil Setiausaha Lembaga CLP, Datuk Abdul Wahab Said Ahmad (kini sudah meninggal dunia) sebagai saksi penting dalam mengesahkan kesahihan soalan peperiksaan CLP tersebut.

Beliau menyentuh isu kesahihan kertas draf soalan CLP dalam bentuk salinan faks daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, yang telah dikemukakan dan ditanda sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes itu.

"Di manakah draf soalan yang sebenar? Adakah Bukit Aman terlibat dalam penyediaan soalan CLP? Ini adalah kekhilafan yang nyata oleh hakim bicara kerana tidak menentukan kesahihan kertas soalan CLP itu," katanya.

Hakim juga membangkitkan isu percanggahan tarikh laporan polis yang dibuat oleh Abdul Wahab pada 12 November, 2001, sedangkan tarikh tandatangan laporan polis ialah 12 Okt, 2001.

"Jelas terdapat percanggahan dalam laporan itu yang tidak dapat dijelaskan sendiri oleh Datuk Abdul Wahab kerana dia tidak dipanggil (ke mahkamah untuk memberi keterangan)," katanya.

Di samping itu, Zainal Azman juga menyentuh mengenai keterangan saksi pendakwaan ketujuh, Goh Poo Teong, yang dilihat sebagai turut bersubahat dengan tertuduh dalam melakukan kesalahan itu.

Saksi itu dalam keterangannya telah memberitahu mahkamah dia telah membelikan dua telefon bimbit untuk tertuduh dan membayar RM15,000 untuk membeli kertas draf soalan CLP itu.

"Hakim bicara sepatutnya lebih berhatihati dalam menerima keterangannya," katanya.

Ramli didakwa melakukan pecah amanah berhubung kertas soalan CLP itu di pejabat Lembaga CLP di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, di sini, antara Jun dan Julai 2001.

Dia juga menghadapi tuduhan kedua iaitu melakukan pecah amanah berhubung kertas soalan tambahan peperiksaan Keterangan CLP 2001, di tempat yang sama antara 26 September dan 8 Oktober, 2001.

Ramli, yang mempunyai tiga orang anak, tidak melantik peguam sepanjang perbicaraannya di Mahkamah Sesyen dan mengendalikan kes pembelaannya sendiri dengan memanggil lima saksi.

Dalam prosiding rayuan hari ini, Ramli diwakili peguam M.Visvanathan manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan