Kes saman malu Eric Chia 14 April

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes saman malu bekas pengarah urusan Perwaja Terengganu Sdn Bhd mendiang Tan Sri Eric Chia terhadap setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguamcara plaintif mendapatkan arahan lanjut sama ada untuk meneruskan kes itu atau sebaliknya, memandangkan Chia, 75, telah meninggal dunia pada 24 Jun tahun lepas kerana sesak nafas.

Saman itu berhubung laporan polis oleh Lim, 48, bertajuk "First Report On Financial Malpractices, Abuse Of Power, Corruption And Fraud In Perwaja Terengganu Sdn Bhd (Perwaja)".

Pada 2 Jan, 2002, Chia mengemukakan saman dengan mendakwa laporan Lim, yang sekarang Ketua Menteri Pulau Pinang, di Balai Polis Daerah Sentul pada 11 April 1996 menggambarkan beliau sebagai seorang yang rasuah dan tidak layak berkhidmat untuk syarikat berkenaan.

Chia mendakwa laporan itu telah menyebabkan reputasinya selaku seorang ahli perniagaan terkemuka di negara ini rosak teruk dan dengan itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Lim kemudian memfailkan pembelaannya pada 1 Mac 2002, bagaimanapun beliau enggan menjelaskan kandungan kenyataan bela diri itu.

Plaintif diwakili peguam Jega Kumar manakala Karpal Singh bertindak bagi pihak defendan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan