Kerajaan Pulau Pinang disaman guna papan tanda pelbagai bahasa

Diterbitkan: Rabu, 5 November 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBAHAGIAN daripada anggota Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) bersama peguam mereka, Sahrihan Jani (tiga, kiri) berkumpul selepas memfailkan saman terhadap kerajaan negeri berhubung kelulusan peggunaan papan tanda dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown. Seramai 200 anggota kumpulan itu berkumpul di Padang Kota Lama sebelum berarak menuju ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. --fotoBERNAMA
SEBAHAGIAN daripada anggota Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) bersama peguam mereka, Sahrihan Jani (tiga, kiri) berkumpul selepas memfailkan saman terhadap kerajaan negeri berhubung kelulusan peggunaan papan tanda dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown. Seramai 200 anggota kumpulan itu berkumpul di Padang Kota Lama sebelum berarak menuju ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. --fotoBERNAMA

PULAU PINANG: Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini semalam terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

Dalam writ saman yang difailkan pada 2.55 petang, gabungan itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang papan tanda itu dinaikkan.

Gabungan itu turut memohon satu deklarasi dibuat berhubung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Writ saman telah difailkan oleh wakil gabungan itu Nik Rizman Sapian menerusi peguam Sahrihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.

Dalam penyata tuntutan, Nik Rizman yang juga anggota GGMM, menyatakan bahawa beliau telah menghantar notis tuntutan kepada keduadua defendan supaya membatalkan keputusan memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

Kedua-dua defendan telah mengabaikan notis yang dihantar melalui Tetuan Azam Aziz dan Rose Maria menyebabkan beliau memohon satu deklarasi dan injunksi dari mahkamah.

Ketika ditemui pemberita di luar pekarangan mahkamah, Pengerusi GGMM Khairul Azam Abdul Aziz berkata, perjuangan gabungan itu bertujuan mempertahankan ketuanan Melayu yang kian tercabar.

"Perjuangan kami berdasarkan peruntukan undangundang dan bukan berdasarkan emosi sematamata, kalah menang itu adat, yang penting kami berjuang mempertahankan kedaulatan Melayu," katanya.

Terdahulu 200 anggota gabungan itu mengadakan perarakan secara aman dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi tidak jauh dari situ. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan