Keputusan rayuan Haslinda Merican 14 November depan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2008 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Nov ini untuk menyampaikan keputusan rayuan Haslinda Merican M. A. Merican dan Mohd Amin Jamadi terhadap sabitan kesalahan dan hukuman setelah mereka didapati bersalah menjadi perantara pelacuran melibatkan empat artis wanita.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh tersebut selepas peguam bela Gurbachan Singh menyerahkan hujahan rayuan secara bertulis kepada mahkamah pagi tadi.

Haslinda, bekas penerbit rancangan televisyen dan Mohd Amin, perunding kewangan sebelum ini mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dihadapi mereka manakala pihak pendakwaan merayu terhadap hukuman yang dikenakan ke atas mereka berdua.

Haslinda, 43, dan Mohd Amin, 39, dihukum penjara 10 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Okt 2000 selepas keduaduanya didapati bersalah menjadi perantara pelacuran bagi empat artis wanita.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 8 dan 10.30 malam pada 27 Jun 1995 di lobi Hotel Ming Court (kini Hotel Corus), Jalan Ampang di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(1)(k) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan sehingga rayuan mereka di Mahkamah Tinggi selesai.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan