Berita Mahkamah | Berita | mStar

Kes tenaga solar: Bekas pegawai khas Najib dibebaskan

Ahad, 15 Julai 2018 11:43 AM

PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak, dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya pada Ahad.

Tempoh reman pegawai khas Rosmah dilanjut hingga Ahad

Jumaat, 13 Julai 2018 1:46 PM

PUTRAJAYA: Tempoh tahanan reman bekas pegawai khas kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dilanjutkan dua hari bagi membantu siasatan keterangan berhubung penyelewengan projek solar kepada 369 sekolah di Sarawak yang membabitkan nilai RM1.25 bilion.

Pengasuh mengaku tak salah lupus mayat Adam Rayqal

Jumaat, 13 Julai 2018 1:24 PM

SELAYANG: Pengasuh kepada bayi lelaki berusia lima bulan yang ditemui tidak bernyawa dalam peti sejuk mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menganiaya dan melupuskan mayat bayi itu, awal bulan ini.

Benam kepala budak dalam baldi

Khamis, 12 Julai 2018 12:27 PM

IPOH: Seorang lelaki yang didakwa membenam kepala seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ke dalam baldi berisi air tahun lepas, pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Pecah botol arak: Jamal mengaku salah, didenda RM400

Rabu, 11 Julai 2018 12:20 PM

SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos didenda RM400 oleh Majistret Shah Alam kerana mendatangkan kegusaran awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Suspek bunuh Adam Rayqal disambung reman

Selasa, 10 Julai 2018 12:13 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Selayang di sini Selasa melanjutkan tempoh tahanan reman selama seminggu lagi ke atas seorang wanita berhubung kes bayi lelaki berusia lima bulan yang ditemukan mati di rumah pengasuh di Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.

Kes khalwat: Pegawai kanan SPRM didakwa beri maklumat palsu

Isnin, 9 Julai 2018 8:38 PM

SHAH ALAM: Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Isnin atas dua pertuduhan memberi maklumat palsu kepada dua kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)  pada Disember tahun lepas berhubung kes khalwat yang dihadapinya.

Suami budak 11 tahun didenda

Isnin, 9 Julai 2018 5:23 PM

GUA MUSANG: Peraih getah yang mengahwini budak 11 tahun didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, atas dua tuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.

3 September keputusan batal kes saman Musa

Isnin, 9 Julai 2018 2:34 PM

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi, di sini, menetapkan 3 September depan bagi membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permohonan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membatalkan saman bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman yang mencabar pelantikannya sebagai ketua menteri Sabah.

  • Mukasurat 1 daripada 147

Lihat mukasurat:

iklan

iklan

Iklan