Mayat mangsa bot karam ditemui - Berita Jenayah | mStar

Mayat mangsa bot karam ditemui

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2018 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Penumpang yang hilang dalam insiden bot karam di Sungai Saribas di Betong di selatan Sarawak, ditemui lemas, pagi Ahad.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menemui mayat Mohd Saufi Sebani, 27, dalam operasi mencari dan menyelamat.

Menurut jabatan itu, mayatnya dijumpai 1 kilometer dari lokasi kejadian, kira-kira pukul 11 pagi Ahad.

Seramai tujuh orang yang menaiki bot berkenaan ketika ia karam selepas dipukul ombak, kira-kira 2 pagi Sabtu.

Operasi mencari dan menyelamat bermula pada pukul 11.30 pagi.

Daripada tujuh mangsa, enam berjaya berenang dan diselamatkan.

Menurut jabatan itu, ketika kejadian para penumpang dalam perjalanan ke bazar Beladin.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan