9 suspek rompak pemandu Grab ditahan - Berita Jenayah | mStar

9 suspek rompak pemandu Grab ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2018 4:24 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Sekumpulan sembilan suspek perompak, termasuk seorang wanita, ditahan berhubung insiden serangan terhadap pemandu-pemandu Grab di Ampang, Selayang dan Chow Kit.

Suspek, berusia antara 15 dan 43 tahun, ditahan dekat Batu Caves pada kira-kira pukul 2.30 pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, salah satu kes yang membabitkan kumpulan itu adalah merompak seorang pemandu Grab dekat Taman Bakti, Ampang pada kira-kira pukul 3.50 pagi, 20 September lalu.

"Ketika itu, tiga suspek menyamar sebagai pelanggan dan berada di tempat duduk penumpang di dalam kereta Grab.

"Salah seorang daripada mereka mengadu pisau ke arah pemandu dan mengarahkan mangsa untuk menyerahkan barangan berharganya," kata Hamzah, sambil menambah bahawa mangsa kerugian beberapa barangan peribadi, termasuk dokumen dan wang tunai.

Beliau menambah, kumpulan terbabit dipercayai melakukan aktiviti berkenaan sejak tahun lalu.

"Kita masih mengenal pasti dalang geng ini. Kita turut merampas beberapa barangan, dipercayai dicuri daripada mangsa-mangsa," katanya, sambil menambah bahawa suspek direman sehingga Rabu depan.

Tags / Kata Kunci: Grab
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan