Kes langgar Wan Amirah: Siasatan jadi kes bunuh - Berita Jenayah | mStar

Kes langgar Wan Amirah: Siasatan jadi kes bunuh

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2018 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Suspek utama kes langgar lari yang menyebabkan kematian kakitangan Telekom Malaysia (TM) di Cyberjaya, minggu lalu direman semula lima hari bermula pada Selasa untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Yusna Khadijah Md Yusop terhadap suspek warga Libya berusia 23 tahun.

Turut direman, dua rakan suspek masing-masing warga Libya dan Yemen berusia 20 tahun dan 22 tahun.

Sebelum ini, suspek utama yang juga pemandu kereta dalam kejadian itu, direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang mana ia berakhir pada Selasa.

Rabu lalu, Wan Amirah Wan Alias maut selepas dirempuh oleh seorang lelaki warga asing yang berang selepas pengawal keselamatan di situ tidak membenarkannya parkir di petak parkir orang kurang upaya (OKU).

Rakaman litar tertutup (CCTV) yang berlaku di Shaftsbury Square, Cyberjaya, menjadi tular di media sosial. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Wan Amirah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan