Dua pelajar buat laporan polis dakwa diliwat pengetua - Berita Jenayah | mStar

Dua pelajar buat laporan polis dakwa diliwat pengetua

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2018 8:34 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.

Kedua-dua pelajar terbabit membuat laporan polis pada Selasa mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun tersebut pada hujung minggu lalu selepas memaklumkan kejadian kepada keluarga masing-masing.

Menurut sumber, mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas bagi pemeriksaan sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati ada kecederaan di bahagian kemaluan masing-masing.

"Dua mangsa mendakwa diliwat pengetua itu ketika mereka menyertai satu program pendidikan di sekolah (menengah) berkenaan. Lelaki itu akan dipanggil pihak polis untuk direkodkan keterangan," katanya di sini Selasa.

Menurut sumber selain dua mangsa berkenaan, beberapa pelajar lain turut mendakwa diliwat pengetua terbabit dan mereka dijangka membuat laporan polis pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: liwat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan