Kos sara hidup tinggi punca tiga beranak maut bunuh diri - Berita Jenayah | mStar

Kos sara hidup tinggi punca tiga beranak maut bunuh diri

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2018 3:14 PM

Pasukan bomba mengangkat mayat mangsa. - FOTO JBPM Perlis

(Ubah saiz teks)

PERLIS: Gara-gara tidak mampu menampung kos sara hidup yang tinggi dan dibebani hutang, tiga beranak memilih untuk mengakhiri hidup mereka pada Jumaat lalu.

Menurut laporan polis, mayat bapa berusia 66 tahun, ibu berusia 64 tahun dan anak perempuannya berusia 35 tahun ditemui terapung di sungai Kampung Belat Batu di Perlis.

Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di bawah jambatan Lebuhraya Kuala Perlis Changloon Kg Belat Batu di Arau.

Polis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada saksi yang mengatakan bahawa anak sulung lelaki keluarga si mati telah ditemui masih bernyawa berhampiran sungai itu.

Lelaki tersebut memberitahu bahawa keluarganya berniat menelan racun dan terjun ke sungai.

Namun, dia kemudiannya bertukar fikiran pada saat-saat akhir.

Lelaki terbabit berjaya keluar dari sungai, tetapi ahli keluarganya yang lain telah dihanyutkan oleh arus.

Menurut laporan polis, perkara itu masih dalam siasatan. - The Star

Tags / Kata Kunci: sara hidup
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan