Tiga pelajar parah, van sekolah terbalik - Berita Jenayah | mStar

Tiga pelajar parah, van sekolah terbalik

Diterbitkan: Ahad, 7 Oktober 2018 12:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar cedera parah selepas van sekolah yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan dekat sini pada Ahad.

Pemandu van dan 10 lagi pelajar cedera ringan dalam kemalangan pada pukul 6.15 pagi itu.

Van tersebut dalam perjalanan dari Jalan Bukit Tunggal menuju ke sekolah Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu.

Menurut saksi, nahas berlaku apabila bahagian belakang van terbabit dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Jurucakap bomba berkata kenderaan pacuan empat roda itu turut merempuh sengkuap kedai berhampiran.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan, kenderaan pacuan empat roda itu cuba mengelak sebuah kenderaan lain sebelum merempuh van sekolah tersebut.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan.

Ketika ditemui, salah seorang pelajar, Leong Yang Yuan, 15, berkata ramai rakan sekelasnya tidur semasa insiden berlaku.

"Saya terbangun kerana cahaya lampu dan selepas itu saya dapati bas kami terbalik.

"Kami amat takut," kata pelajar Tingkatan 3 yang mengalami luka di tangannya.

Tags / Kata Kunci: van , kemalangan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan