Bayi ditinggal tepi kedai cedera digigit anjing - Berita Jenayah | mStar

Bayi ditinggal tepi kedai cedera digigit anjing

Diterbitkan: Ahad, 7 Oktober 2018 1:21 PM

(Ubah saiz teks)

SERI KEMBANGAN: Seorang bayi lelaki dibalut dengan sehelai kain hijau ditinggalkan dekat tepi kedai 7-Eleven di Seri Kembangan pada pagi Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd Rosdi Daud berkata, bayi tersebut yang dipercayai berusia beberapa hari mengalami kecederaan dipercayai digigit anjing ketika ditemui orang awam.

"Bayi tersebut dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

"Dia ditempatkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) dan berada dalam keadaan stabil," kata Mohd Rosdi ketika dihubungi.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk hubungi IPD Serdang atau datang ke balai polis berhampiran untuk bantu siasatan kes di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Tags / Kata Kunci: bayi , gigit , anjing
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan