Calon PT3 maut terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri - Berita Jenayah | mStar

Calon PT3 maut terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri

Diterbitkan: Isnin, 1 Oktober 2018 4:53 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Seorang remaja perempuan maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Lebuh Sungai Pinang 1, di sini, pagi Isnin.

Mangsa berusia 15 tahun itu ditemui di tepi kolam pangsapuri tersebut oleh pekerja pembersihan di kawasan kediaman terbabit kira-kira jam 8.45 pagi.

Dipercayai, mangsa sepatutnya menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula Isnin.

Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes tersebut daripada polis.

Tags / Kata Kunci: maut , PT3
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan