Pemuda 19 tahun ditahan bersama 400kg daun ketum - Berita Jenayah | mStar

Pemuda 19 tahun ditahan bersama 400kg daun ketum

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2018 12:30 PM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 400 kilogram daun ketum bernilai RM12,000 di rumah tidak bernombor di Kampung Tok Set, Mukim Padang Kerbau di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, lelaki tempatan berketurunan Siam berusia 19 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.10 pagi Isnin ketika sedang menimbang sebelum membungkus sebahagian daun ketum itu untuk diedarkan di pasaran tempatan.

Serbuan itu berdasarkan maklumat awam dan risikan yang dilakukan berhubung kegiatan penyimpanan dan penyediaan 42 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum sebelum dijual kepada pelanggan, katanya.

Arriz Sham berkata, suspek tidak memiliki rekod lampau dan kes disiasat mengikut Sesyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini untuk membantu siasatan.- Bernama.

Tags / Kata Kunci: Ketum
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan