Dua suspek bunuh kucing disambung reman, seorang lagi masih diburu - Berita Jenayah | mStar

Dua suspek bunuh kucing disambung reman, seorang lagi masih diburu

Diterbitkan: Isnin, 17 September 2018 11:48 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Reman terhadap dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seekor kucing dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi di Gombak disambung selama  tiga hari lagi bermula Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata kedua-dua suspek berkenaan dibenarkan disambung reman oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata suspek direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Khamis lepas, polis mendedahkan gambar tiga suspek berkenaan yang dikehendaki kerana melakukan penganiayaan dan membunuh haiwan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Dua suspek berusia 26 dan 40 tahun ditahan Jumaat lalu di dua lokasi di Gombak manakala seorang lagi masih bebas dan diburu pihak polis.

Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan kejam dua individu yang membunuh seekor kucing bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin mengering pakaian di sebuah pusat dobi layan diri di Taman Gombak Ria di sini.

Perbuatan kejam tersebut seterusnya tersebar di lama media sosial dan menerima kecaman daripada masyarakat sebelum Persatuan Haiwan Malaysia bertindak membuat laporan kepada pihak polis.

Tags / Kata Kunci: Suspek bunuh kucing
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan