Pasangan lesbian jalani hukuman sebat enam kali seorang, disaksikan kira-kira 100 orang - Berita Jenayah | mStar

Pasangan lesbian jalani hukuman sebat enam kali seorang, disaksikan kira-kira 100 orang

Diterbitkan: Isnin, 3 September 2018 11:34 AM

Kedua-dua pesalah dihukum sebat enam kali seorang.

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua wanita yang mengaku bersalah kerana cuba melakukan hubungan seks sejenis menjalani hukuman sebat di Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini pada Isnin.

Hukuman dijalankan di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail dengan disaksikan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd dan Hakim Kanan Syarie Terengganu, Rosdi Harun.

Kedua-dua pesalah masing-masing berusia 22 dan 23 tahun menjalani hukuman sebat enam kali seorang dengan disaksikan kira-kira 100 orang.

Ia adalah sebatan di khalayak umum pertama kali dilakukan di negeri ini.

Bagaimanapun, hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Terdahulu, kedua-dua pesalah hadir ke mahkamah secara berasingan pada pukul 8.30 pagi sebelum diarah menukar pakaian untuk menjalani hukuman yang dikendalikan pihak Jabatan Penjara Malaysia.

Tags / Kata Kunci: sebat , lesbian
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan