Dua dikhuatiri lemas di Bangi - Berita Jenayah | mStar

Dua dikhuatiri lemas di Bangi

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2018 2:29 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya dua individu dipercayai lemas di Sungai Langat berhampiran Bangi Perdana, Seksyen 3, Bangi dekat sini, pagi Ahad.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 10.16 pagi.

"Maklumat awal daripada orang awam mengatakan terdapat dua orang yang dipercayai lemas… pencarian sedang giat dilakukan.

"Kami segera mengerahkan seramai 12 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ke lokasi kejadian bagi kerja mencari dan menyelamat," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata Unit Pengesan K9 Bomba turut dikerahkan di lokasi kejadian bagi menjalankan kerja mengesan mangsa. - Bernama

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan