Lelaki maut jatuh landasan LRT - Berita Jenayah | mStar

Lelaki maut jatuh landasan LRT

Diterbitkan: Rabu, 1 Ogos 2018 10:37 AM

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Seorang penumpang lelaki maut selepas terjatuh di landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dekat sini kira-kira pukul 8 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan mengesahkan kejadian itu.

Menurut Twitter @MyRapidKL, kejadian itu menyebabkan tren bergerak perlahan dari IOI ke Pusat Bandar Puchong pada kedua-dua arah.

Namun, tren kembali beroperasi normal sebaik sahaja landasan selamat digunakan.

Tags / Kata Kunci: maut , jatuh , LRT
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan