Mayat tinggal rangka dijumpai sebelah pokok kelapa - Berita Jenayah | mStar

Mayat tinggal rangka dijumpai sebelah pokok kelapa

Diterbitkan: Sabtu, 28 Julai 2018 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemukan orang awam dalam semak di Kampung Telaga Bata di sini, Sabtu.

Penghulu Mukim Bunohan, Abdullah Yunus berkata mayat yang tinggal rangka itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi Sabtu dalam keadaan terlentang lengkap berpakaian dipercayai  terjatuh daripada pokok kelapa.

"Sebilah parang serta selipar dipercayai milik lelaki berkenaan turut ditemui di pangkal pokok berkenaan.

Penduduk kampung beritahu saya mereka menghidu bau busuk sejak seminggu lalu dan ia merungkai kejadian tersebut," katanya.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Ab Rashid Mat Daud mengesahkan penemuan tersebut dan mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. - Bernama


Tags / Kata Kunci: rangka mayat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan