Waran tangkap dua bekas pengarah eksekutif 1MDB - SPRM - Berita Jenayah | mStar

Waran tangkap dua bekas pengarah eksekutif 1MDB - SPRM

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2018 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan dua waran tangkap terhadap dua bekas pengarah eksekutif 1MDB.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

“Ya, dua waran itu dikeluarkan terhadap kedua-dua mereka dan kes masih dalam siasatan,” katanya ringkas.

Difahamkan, dua waran tangkap itu dikeluarkan atas nama Jasmine Loo Ai Swan dan Casey Tang Keng Chee.

Jun lalu, Jasmine Loo dan Casey Tang dipanggil SPRM bagi membantu siasatan terhadap anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd (SRC). 

Turut dipanggil memberi keterangan adalah bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan Eric Tan Kim Loong.

Terdahulu, sebuah portal berita antarabangsa, sebelum ini, pihak berkuasa Singapura turut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan Eric Tan sejak 2016 dan juga ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, yang terpalit skandal puluhan bilion ringgit yang turut disiasat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Menurut laporan itu, Jasmine Loo yang melanjutkan pendidikan dalam bidang perundangan di United Kingdom (UK) juga adalah pegawai seranta antara 1MDB dan syarikat kewangan antarabangsa, Goldman Sachs Group Inc.

Jasmine Loo dikatakan membantu mendapatkan bantuan kewangan AS$6.5 bilion (RM26.4 bilion) daripada Goldman Sachs dan sebagai balasan, dia dikatakan menerima AS$5 juta (RM20 juta).

Casey Tang pula terbabit dalam 1MDB ketika syarikat itu lebih dikenali sebagai Terengganu Investment Authority Berhad (TIA).-SinarHarian




Tags / Kata Kunci: SPRM , 1MDB , Jasmine
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan